Beza Buah Mata Kucing Vs Longan (Ramai Tidak Tahu)

Bercakap mengenai buah mata kucing dan buah longan, pasti ramai yang keliru dengan perbezaan yang terdapat pada buah ini. Buah mata kucing dilihat seakan sama dengan buah longan, tetapi terdapat beberapa perbezaan untuk membezakan buah mata kucing dan buah longan. Perbezaan yang pertama dapat dilihat dari segi saiz dan rasa buah yang lebih manis berbanding buah mata kucing.

Pasti ramai di antara anda yang tidak mengetahui bahawa buah mata kucing merupakan buah tempatan manakala buah longan merupakan buah yang diimport. Walaupun begitu, banyak pokok buah longan yang telah ditanam di Malaysia. Pasti ramai yang menyangka buah mata kucing merupakan buah longan kerana bukan sahaja bentuk buah yang seakan sama, malah pokok buah juga dilihat seakan sama. Jom tengok perbezaan buah mata kucing dan buah longan.

Perbezaan Pokok Longan dan Pokok Mata Kucing

Imej via [designluxpro]

Jika dilihat dari ketinggian pokok, pokok mata kucing dapat mencapai ketinggian sehingga 20-3- meter. Manakala bagi pokok longan pula boleh mencapai ketinggian sehingga 10-20 meter. Bagi batang pokok mata kucing pula, batangnya yang keras dan berwarna coklat boleh dijadikan sebagai kayu balak apabila pokok mencapai lebih 50 tahun.

Imej via [facebook.com]

Pokok mata kucing juga mengambil masa yang sangat lama untuk mengeluarkan hasil buahnya. Pokok mata kucing memerlukan sekurangnya 10 tahun. Hal ini sangat berbeza dengan buah longan yang yang hanya memerlukan tempoh yang singkat iaitu selama dua tahun untuk mengeluarkan buah bagi dipasarkan.

Imej via [facebook.com]

Menariknya lagi, pokok mata kucing akan bertahan selama lima hingga tujuh bulan sahaja setelah pokok berbunga. Hal ini sangat bertentangan dengan buah longan yang dapat dituai hasilnya dalam masa lima bulan setengah sehingga enam bulan setengah selepas penanaman pokok tersebut.

Walau bagaimanapun, pokok longan sangat sukar untuk dijaga dan menghasilkan buah menjadikan buah longan lebih banyak diimport dari negara luar berbanding dengan buah mata kucing yang ditanam sendiri walaupun memakan masa yang lama untuk dituai hasilnya. Disebabkan itu, harga buah longan lebih mahal berbanding dengan buah mata kucing.

Tempat Penanaman Buah

Pokok mata kucing ini berasal dari Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, penanaman pokok buah mata kucing banyak terdapat di negeri Johor. Terdapat kampung yang dikenali sebagai Kampung Redong yang menjadi lokasi terkenal sejak dahulu dalam penanaman buah mata kucing. Manakala buah longan pula banyak diimport dari negara China dan Thailand.

Imej via [shopee.co]

Selain itu, buah mata kucing juga mempunyai biji yang lebih besar di dalamnya berbanding buah longan. Sesuai dengan namanya yang dikenali sebagai buah mata kucing, anda dapat melihat biji nya yang lebih besar berbanding dengan buah longan.

Buah longan juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan buah mata kucing. Disebabkan itu, jika anda mengupas kulitnya, anda dapat melihat isi buah longan yang tebal berbanding dengan buah mata kucing.

Imej via [facebook.com]

Di samping itu, rasa longan yang lebih manis berbanding dengan buah mata kucing menjadikan buah longan pilihan ramai. Isi buah longan juga lebih tebal berbanding dengan buah mata kucing. Perbezaan lain yang dapat dilihat ialah dari segi kulit buah mata kucing yang sedikit kasar dan mempunyai tekstur menggerutu berbanding dengan buah longan yang mempunyai kulit yang nipis dan licin.

Jika dilihat dari segi warna juga, anda mungkin dapat melihat perbezaan warna yang gelap dan lebih cerah. Warna kulit mata kucing kebiasaannya berwarna coklat gelap berbanding dengan buah longan yang mempunyai kulit coklat cerah.

Kedua-dua buah mempunyai keunikan masing-masing. Terdapat individu yang menyukai rasa buah yang manis dan terdapat juga individu yang lebih memntingkan kebaikan mahupun manfaat yang terdapat pada buah tersebut. Senarai di atas merupakan antara perbezaan yang terdapat pada buah mata kucing dan buah longan yang mungkin anda tidak ketahui.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Similar Posts