|

10 Homestay Ipoh Dengan Private Pool

Pasti ramai yang mencari homestay Ipoh dengan private pool kerana kemudahan lebih lengkap, luas dan mempunyai private pool lebih-lebih lagi buat mereka yang suka aktiviti santai dan meluangkan masa bersama keluarga dengan penuh privasi.

Percutian seharusnya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga barulah bermakna serta dapat mencipta 1001 memori indah. Sudah penat menjelajah bandar Ipoh, tiba masanya untuk meluangkan masa bersama keluarga di rumah sambil bermandi-manda.

Berbanding dengan hotel dan chalet, menyewa homestay lebih berbaloi dan lebih privasi. Memilih homestay yang mempunyai private pool amat sesuai dengan keadaan negara yang masih dilanda pandemik. Keselamatan, kesihatan dan kebersihan air kolam lebih terjamin. Jom pilih homestay mana yang sesuai dengan anda!

Tambun Pool Villa

Imej via [ Tambun Pool Villa ]

Tambun Pool Villa mempunyai dua buah penginapan dan kedua-dua penginapan mempunyai private pool. Tambun Villa 1 mempunyai empat buah bilik yang boleh memuatkan sehingga 16 orang dalam satu masa. Parking kereta berbumbung boleh memuatkan empat buah kereta.

Jika anda mempunyai keluarga besar, anda boleh menginap di Tambun Pool Villa 2 yang mampu memuatkan 28 orang. Terdapat 5 bilik dan 4 bilik daripadanya menggunakan katil bersaiz king. Parking lot pula boleh memuatkan 9 buah kereta.

Alamat: No 2, Hala Taman Tambun 2, 31400 Ipoh, Perak.

Dangau Indah chalet

Imej via [ Danau Indah Chalet ]

Penginapan ini berkonsepkan rumah kayu yang seolah-olah berada di dalam taman. Kolam renang dan halaman rumah sangat luas, sesuai untuk mengadakan hari keluarga atau sebarang majlis lain. Paling menarik, penginapan dikelilingi tembok yang tinggi demi menjaga privasi pengunjung.

Terdapat lima buah bilik dan setiap bilik mempunyai tandas. Di luar rumah juga mempunyai tandas untuk memudahkan pengunjung menukar pakaian setelah bermandi-manda di private pool di bawah.

Terdapat 6 katil bersaiz king dan 2 katil bersaiz queen yang dibahagikan kepada 5 buah bilik tersebut. Kemudahan dan fasiliti juga lengkap untuk anda bercuti bersama keluarga besar.

Alamat: No 71, Jalan Hijrah 4, RPT Bt. 10 Chepor, 31200 Ipoh, Perak.

Damai Anggun Villa

Imej via [ Damai Anggun Villa Resort Holiday Home ]

Terdapat lima buah bilik yang terdiri daripada tiga katil queen, 1 katil bujang dan 1 katil bertingkat dan setiap bilik mempunyai penghawa dingin. Dua daripadanya berada di tingkat bawah dan dibina seperti chalet.

Penginapan ini sesuai untuk lima hingga enam buah keluarga yang terdiri daripada 20 hingga 30 orang. Private pool di villa ini luas berada bersebelahan halaman yang besar. Antara kemudahan yang  ada adalah dapur yang berada di luar, surau, bbq station dan gazebo.

Alamat: Lorong 2, Jalan Bukit Batu RPt Kg Ulu Chemor, 31200 Chemor, Perak.

Casa khayra Homestay

Imej via [ Casa Khayra ]

Homestay dua tingkat ini mempunyai empat bilik tidur lengkap dengan penghawa dingin. Persis seperti rumah mewah, anda dan keluarga pasti selesa tinggal di sini kerana boleh memuatkan sehingga 16 orang.

Antara kemudahan yang disediakan adalah peralatan memasak dan bbq, serta toto, tilam dan bantal tambahan. Terdapat dua private pool yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu untuk kanak-kanak dan dewasa.

Alamat: 30, Lintasan Meru Permai 2, Halaman Meru Permai, 30020 Ipoh, Perak.

Asdiagrande Homestay & Events Place Ipoh

Imej via [ AsdiaGrande Homestay & Events Place Ipoh ]

Terletak di tengah-tengah bandar Ipoh, homestay ini merupakan sebuah bangle satu tingkat. Empat buah bilik dengan lima katil queen, satu katil bujang dan dua sofa bed ini mampu memuatkan 20 hingga 30 pax.

Setiap ruang di rumah ini bersih, selesa dan luas. Antara kemudahan yang unik dari homestay lain adalah Asdiagrande Homestay menyediakan wifi percuma dan TV yang mempunyai pakej Netflix dan Njoi. Permainan indoor seperti carom, congkak dan basikal turut disertakan.

Alamat: No 126, Jalan Melor, RPT Seri Klebang, Ipoh, Perak.

Homestay Puncak Tambun

Imej via [ Homestay Puncak Tambun ]

Homestay Puncak Tambun merupakan antara homestay Ipoh dengan private pool yang terkenal di negeri ini. Private pool yang tersedia berukuran 20’ panjang manakala kedalaman 4’ dalam.

Homestay ini menyediakan 4 bilik tidur dengan 3 bilik air. Mampu memuatkan sehingga 15 orang, nak cari tempat parkir kereta juga mudah kerana mereka menyediakan empat lot parkir dalaman dan empat parkir luaran.

Alamat: Taman Puncak Tambun Indah 31400 Ipoh, Perak.

Mygmart Homestay

Dua buah homestay berkembar ini terletak di Chemor. Inginkan lebih privasi, apa kata anda tempeh kedua-dua buah homestay ini.

Berkapasiti dengan maksima 8 orang, walaupun kelihatan kecil namun ruangan kolam renang sangat luas, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Kolam renang tersebut berada di kawasan dalam rumah.

Alamat: Kg Ulu Kuang Chemor

Pause Ipoh

Imej via [ Pause Ipoh ]

Berada di kedudukan strategik yang berhampiran pelbagai tempat menarik seperti Tasik Cermin, homestay ini mempunyai dekorasi yang minimalis dan unik. Terdapat empat buah bilik yang mempunyai penghawa dingin dan kipas siling.

Sebanyak enam buah katil queen dibahagikan pada setiap bilik tersebut dan mampu memuatkan 12 orang dalam suatu masa. Kolam renang yang terdapat di halaman rumah sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Alamat: 11, Jalan Leong Kim Seng, Taman Kampar, 30250 Ipoh, Perak.

Raisya Hill Banglo Ipoh

Imej via [ Raisya Hill Banglo Ipoh ]

Raisya Hill Banglo mempunyai tujuh buah bilik yang mempunyai penghawa dingin. Sesuai untuk mengadakan hari keluarga, majlis perkahwinan dan sebagainya. Berdekatan dengan Lost World of Tambun, homestay ini mempunyai ruang dan persekitaran yang luas, cantik dan bersih.

Parking kereta boleh memuatkan empat buah kereta. Antara fasiliti yang terdapat di homestay ini adalah pool intex, wifi, tiga buah ruang tamu,  sudut bbq dan sebagainya.

Alamat: 379, Laluan Bunga Raya 7, Rpt batu 8, 31150 Ipoh, Perak

Atlantis Pool Villa Tambun

Imej via [ Booking.com ]

Berhampiran Lost World of Tambun dan hanya 13 minit ke bandar Ipoh, penginapan di Atlantis Pool Villa pasti selesa kerana ruangnya yang luas. Penginapan ini dibuka pada pengunjung dari Ahad hingga Khamis sahaja.

Terdapat enam bilik tidur dengan lima bilik mandi disediakan untuk pengunjung di homestay yang berkonsepkan modern english. Sebanyak 17 orang boleh menginap dengan selesa di sini.

Alamat:  5, Lengkok Tambun Permai 2, Taman Tambun Permai, 31400 Ipoh, Perak

Homestay Ipoh dengan private pool diatas pasti dapat memenuhi citarasa percutian anda terutama bersama anak-anak. Melihat mereka bahagia bermain air dengan suasana privasi, pasti kita turut merasa bahagia.

Kami pihak Bidadari.My ingin mengingatkan anda untuk sentiasa berwaspada dalam mencari sumber yang tepat tentang homestay yang ingin didiami ekoran lambakan scammer yang menyamar menjadi agent rumah dan sebagainya. Sebagai langkah selamat, anda perlu membuat tempahan melalui laman web dipercayai atau Facebook utama homestay tersebut.

Jom baca artikel kami yang lain seperti:

Similar Posts